Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Sesi muzakarah Kementerian Pembangunan bersama ahli-ahli MMN

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Sesi muzakarah Kementerian Pembangunan bersama ahli-ahli MMN.JPG

SESI muzakarah Kementerian Pembangunan bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN).

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 27 Januari. – Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah mengadakan sesi muzakarah bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

Mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara ke sesi muzakarah ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Sesi pemuzarakahan ini didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, dan disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan, diikuti dengan ucapan balas daripada Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, selaku ketua rombongan bagi mewakili ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara.

Dalam ucapan alu-aluannya, Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah berkongsi beberapa perkara berkaitan isu Kementerian Pembangunan, terutamanya isu infrastruktur dan pengurusan penyelenggaraannya seperti kerja-kerja pemeliharaan, baik pulih serta menaik taraf aset fizikal kerajaan.

Rombongan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara seterusnya diberikan taklimat yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak. Taklimat tersebut juga diisikan dengan penerangan mengenai usaha-usaha menangani kejadian banjir di Kuala Belait yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Jabatan Kerja Raya, Cawangan Daerah Belait dan Tutong, Dayang Fazidah binti Haji Md Daud.

2_Sesi muzakarah Kementerian Pembangunan bersama ahli-ahli MMN.JPG

TAKLIMAT disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

Sesi muzakarah ini merupakan salah satu platform untuk berkongsi maklumat terkini, pencerahan mengenai perkembangan perkhidmatan, dasar, pencapaian serta inisiatif Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya khususnya dalam penyediaan prasarana yang berkualiti sepertimana yang dihasratkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam sama-sama merealisasikan Wawasan Brunei 2035 iaitu ke arah mencapai kualiti kehidupan yang tinggi.

3_Sesi muzakarah Kementerian Pembangunan bersama ahli-ahli MMN.JPG

SESI bergambar ramai.

Turut hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Awang Norazmi bin Othman; ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Attachments